Wednesday, June 04, 2008

08 : Karnival Jom Heboh TV3 , 31 Mei 2008

Destinasi 31 Mei 2008 ialah Bukit Jalil.Selama 2 hari, Stesen TV no.1 Malaysia akan mengadakan Karnival disini (Erk! siapa ada kata ini blog "astro"? This Week for TV3.. Happy 24th Anniversary)
24 Mei lalu , turut berada di sini, tapi destinasinya Stadium Putra dan pada waktu ini berada pulak di Tempat Letak Kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.(Mengambil gambar mengikut gerak hati).
Antara gerai yang ada "x masuk pun" sebab x minat.Hanya ambil gambar utk digantungkan disini.
Pagi itu, sekitar 9 pagi ada siaran langsung di TV3.Jom kita tengok siapa yang ada disana.

Cuba teka siapa? Apa pun meriah sungguh dengan belon - belon kaler2 dibelakang itu.

Apa kes nie? Adalah pertandingan menyanyi.Apasal Ayam, bukan burung "kasawari"? Oops!

Erk! kat sini pun ada jual benda ini.Apa pun suka lah tengok maskotnya yg putih tue. So cute!

Harian Metro pun ada..Tapi akhirnya inilah yang dibeli buat buah tangan pulang nanti.

Beli MAMEE bukan MAGGI dan juga 'AURA' ini yang murah sahaja RM 10 satu.

Yang itam tue "Fantasia" Yang Kaler "Ijau" tue le.. okielah lepas dah lama pakai "Fantasia" nak cuba lak "Aura'.
Pagi ini bersarapan sambil beramal.MAGGI ME Goreng, menjadi pilihan hanya RM1.

Suasana di pagi hari.Tak berapa ramai lagi manusia.I Like.Tak suka bersesak - sesak.

Hotlink juga berada disini.Terpaksa melarikan diri dan menggelengkan kepala bila didekati manusia berwarna merah & hijau (Maxis Broadband) Atas sebab faktor kewangan yang goyah. Keimanan dalam diri perlu dikuatkan kerana selepas ini ada destinasi lain perlu ditujui.

Inilah rupanya pentas Konsert Jom Heboh 1 Jun 2008.Maaflah, hanya menjadi penonton di depan kaca TV.Zaman - zaman menonton Konsert terbuka sudah berlalu.Tak suka berhimpun dalam lautan manusia.Terutama di malam hari.

Tahun ini tak ada jom heboh kat Shah Alam ke? Teringat lagi tahun 2006 & 2007 menjadi pengunjung setia disana.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015