Thursday, May 08, 2008

01 : Nota Ringkas

Akhirnya Shai telah kembali bekerja semula pada 6/5/08.Hari yang busy membuatkan moody Shai agak lari dan kadang - kala tanpa mampu memberi senyuman.Terlalu banyak perkara yang perlu disiapkan ditambah dengan pembantu yang bercuti kecemasan kerana ada saudaranya kematian di Ipoh.

Hari pertama selepas kembali bekerja memang membosankan.Rasanya seperti ini terus bercuti lama agar tidak melihat meja yang penuh dengan tugasan yang perlu disiapkan.

Walaupun sepatutnya hari ini perlu pulang lewat, tetapi tepat 5 petang Shai terus melarikan diri dan kembali ke rumah sendiri untuk merehatkan diri.Hari yang memenatkan selepas 5 hari bercuti.

No comments:

Copyright to S.H.A.I.Z.H.A.R
Designed by UMIESUEstudio 2015